21 June 2008

Cemburu

Q:Apa perasaan Ani bila 'bf' ani di'ajak' kawen oleh kawannyer sendiri aka kawan ani jugak?
A: Cemburu..cemas..gelisah.(hanya tuhan yg tahu prasaan aku masa itu)

Q: Apa yang akn Ani buat bila 'bf' ani terang terangan diajak bercinta oleh kawannyer sendiri aka kawan ani jugak?
A: Cemburu..cemburu..cemburu..(apakah aku tidak cukup sempurna utk dia)

Cemburu...itulah jawapan bagi seorang perempuan bila kekasihnya coba digoda oleh orang lain (silap..kawan bf & kawan aku jugak). Salahkah aku, untuk merasa cemas?.Aku jadik serba salah.Mengingatkn aku pd peristiwa lalu..Bukan silap aku utk mengambil tempatmu, aku hanya coba membuka mata lelaki itu utk melihatmu kembali. Hati ini tak terniat langsung utk melukai hati kawanku sendiri..Alhamdulillah, sekarang engkao bahagia..

Ku coba kuatkan hati, menunggu keputusan yg sememangnya sudah aku miliki. Engkau menyayangi aku, sepertimana aku jua. Tapi kekadang hati ini sering kali diburu hasutan iblis. Persoalan engkau jaoh dimata, tetap dihati sering kali membelenggu hati yg cemburu ini. 2 kali lamaran engkau ajukan padaku...jawapan yg sama aku berikan. Bukan aku menolak coma aku perlukan masa utk mengenalimu, latar belakangmu & agama mu adakah cukup utk memimpin ku di Sana kelak...

*soalan/jawapan yang belum terungkai....

12 June 2008

Partner...

29May08:

Syam: Awak nk couple ngan saya tak?
Ani: Isk..soalan apa nie.?
Syam: iyela..be my life partner...my lover..

Since that day, Syam tried to approach me-be his g'friend. Tertanya2 jugak aku. Mengapa aku.?Selepas disiasat, di tanya pendapat, aku buat keputusan. Let my heart made a decision.
Aku setuju without any condition. Hmm, beraninya aku. Bermulalah kehidupan baru. Tapi aku mula rasa hangatnya selepas aku berjumpa Syam (08Jun08). Dia turun Penang, to met me. Mmm..quite a good guy..But pertemuan pertama takkn menjanjikan apa2...cuma utk konfemkn..u are mine & saya 'gf' awak..itu jer..mmm musykil lagi..'
He asked me to married him next month..keje giler!..Aku mintak tempoh setahun, itupun kalau aku benar2 bersedia.Bersedia dari segi fizikal-YES (cukup syarat); bersedia dr segi rohani/mental: no comment..Dari percakapan Syam, he said he's ready.(mulut jer cakap, hatinyer hanya Tuhan yang tahu)..Aku harap Syam takkan berubah hati...atleast bila aku bersedia aku tak 'menyusahkan' sesiapa..musykil lagi..'

..Semalam..masa aku balik keje..aku menangis semahu mahunya dlm kereta..WHY?..Masalah dalam rumah tak tertanggung lagi...pada siapa aku nak bercerita?.

*p/s: Ya Allah..tunjukkan aku jalanMU.....

04 June 2008

Rahsia Perempuan.....

Rahsia ompompuan yg sedang cuba2 dibuat tak tahu oleh lelaki...
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
*2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
*4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
*5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
*6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Ji! ka kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
11. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
12. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
13. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
*14. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
*15. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
*16.Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
*17. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
18. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
**19. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
***20. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
*21. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
22.Senjata wanita adalah airmata!!
*23.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
*24. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

*hati perempuan bernama Ani.....