- Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tetapi berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini, si dia boleh menjerat anda dalam perangkapnya yang tidak disangka.(Ani: Pada awal perhubungan, memang akn wujud keadaan ini. Tetapi lama kelamaan, memang akan ada perubahan ke arah kebaikan. Why?..Iyerla, kalau dah berjam2 bergayut di telefon, YM and mesej, of course you will know 'more' bout him..but bila kita bertentang mata ngan dia, kita cari kepastian...Orang kata, 'naluri seorg perempuan' selalunya 65% betul...Takat mana sangat ler, lubang tu leh disembunyikan, lambat laun akan nampak jugak....)
- Mengawal si dia misalnya, jika si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda, bermakna anda boleh mengawal dirinya daripada melakukan perkara yang tidak disukai. Bukan bermakna anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak anda, dia mempercayai dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.(Ani:Mengawal?..Dalam maksudnyer...'Bagi Ani, lebih kepada cara 'menegur'..menuruti kehendak Ani pun (tak jugak)...Lebih kepada sifat need an attention and nk manja..thats why nampak cam mengawal....)
- Komitmen bukanlah sekadar menepati janji tetapi menghargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda atau pun si dia bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman. (Ani: YES!..setuju 110%..jangan main tarik tali udahler..)
- Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia. Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya. Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.(Ani: Perlu ada kejujuran.jangan lah sampai Ani ketahuinya dari mulut org lain, Seksanya..hanya Tuhan yang Tahu.Kenapa mesti beRAHSIA, Ani nak jadi sebahagian dari awak..Berahsia bermakna awak belum bersedia ke arah adanya Ani disisi awak..)
- Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun, tentunya anda dan si dia berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhu bungan.(Ani: Tegurlah Ani, andai Ani ada melakukan kesilapan tanpa Ani sedari.Terimalah Ani seadanya..Ani menerima-mu seadanya, Kita tambah apa yg kurang, betulkan apa yg terlebih..)
- Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. (Ani: Kalu dengar hanya sebelah pihak maka takde timbang rasa n cooperation(eceh)...tapi dlm bab ni, perempuan lebih suka andai lelaki itu mampu membimbing n memberi panduan..Kalau perempuan yg memberi 'jalan'..terbaliklah dunia...)
- Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri dalam emosi si dia. Tidak mudah melakukan perkara ini. Tetapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan.(Ani: Seeloknya, biarlah Ani juga merasa susah senang bersama, kesedihan awak kesedihan Ani jugak. Bahagianya awak bermakna bahagianya saya berada disamping awak..itu tujuannyer.Hidup berpasangan, bermakna berkongsi pahit manis bersama..)
- Apabila rasa yakin, anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh-temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda. (Ani: Ingin jua menyelami hati awak..)
- Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mem punyai pendapat sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing. (Ani: Degil..itu jer ayat paling senang. Susah nak menyakinkan. Masing masing ngan pendapat masing2. Camner nk dapat kata sepakat..)
- Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan. Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik mungkin tidak akan terlintas di fikiran. (Ani: Itu tak dapat dinafikan, akan wujud perasaan 'cemburu', 'merajuk'..Bukan apa..Awak jaoh dari mata, perasaan nak bermanja, inginkan perhatian memang akan makin tebal. Bila nampak lain, hati perempuan ni, mudah sangt 'tercuit'..)
- Ramai pasangan berasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi me ngelakkan perkara yang tidak diingini. (Ani: Ani sayangkan hubungan kita, Ani sayangkan awak..Mungkin Ani tak pernah luahkan...Tapi percayalah, Hati ini telah dimiliki...I luv U..)
*p/s: Menyintaimu..sampai mati.
Menyintai-Mu...Selama-lamanya.

No comments:
Post a Comment